Friday 16 November 2012

Santai




10 Fakta Menarik Mengenai Islam


1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”


2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam


3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.


5. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.   

6. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga. 


7. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.  

8. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

9. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru. 


10. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. 

#V Latihan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 (1)



Padankan gambar dengan perkataan yang betul

     Sedih ×                           × 

     Gembira ×                            ×

     Marah ×                            ×

     Kesal ×                            ×

     Malu ×                            ×


Mari menyanyi bersama : KALAU KAMU GEMBIRA TEPUK TANGAN..


#IV Latihan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1(2)



 Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai

Bagaimana
Bila
Siapa
Mengapa
Berapa
Mana

1. Ibu bapa menanya guru Hakim __________ sikapnya nakal.

2. __________ abang akan pergi melanjutkan pelajaran?

3. Siti Rahayu ingin tahu __________ harga novel tersebut.

4. Ibu terlupa di __________ dia meletakkan kunci kereta.

5. __________ kah Johan membeli rumah bangle itu?

6. __________ kah yang mencuri buku latihan Mimi?

7. __________ kah pemilik kereta mewah itu?

8. Hakim tidak tahu __________ Tia membencinya.

9. __________ kah seseorang itu boleh berjaya?

10. Ibu masih ingat __________ kuntum bunga yang diberikan ayah kepadanya.


SOALAN  11  hingga  15                        

Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai 


11. __________ kah ( Siapa, Apa ) nama pemuda tampan itu?

12. Saya tidak tahu di ___________ ( bila, mana ) kedai Pak Samad.

13. __________ kah ( Siapa , Bila ) kamu ingin meminta maaf kepada Junita?

14. Rhia tidak tahu __________ ( apa , siapa ) yang memanggil namanya.

15. Zizan mengetahui __________ ( siapa, bila ) pencuri yang telah mencuri duitnya. 

Mari berhibur : CAN MALI CAN..


#III Latihan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 (3)




Pilih kata hubung yang betul



1. Julia _______________ keluarganya akan melancong ke Pulau Langkawi.

   A. dan
   B. atau
   C. malah

2. Ibu hendak membeli ikan _____________ ayam?

   A. atau
   B. dan
   C. jika

3. Johan menangis ______________ dia terjatuh daripada basikalnya.

   A. kerana
   B. sambil
   C. lalu

4. Kehidupan Mimi susah ________________ dia tidak mengeluh.

   A. dan
   B. sejak
   C. tetapi

5. Jismi menyapa Ayu ______________ senyum kepadanya.

   A. tetapi
   B. sambil
   C. malah

6. Shafik memasukkan buku _______________ kotak pensel ke dalam beg sekolah.

   A. dan
   B. tetapi
   C. juga

7. Encik Wahab kesal akan perbuatannya ____________________ bertaubat ke jalan yang 
benar.

   A. lalu
   B. tetapi
   C. serta

8. Hati kakak luluh __________________ gagal dalam peperiksaannya.

   A. atau
   B. kerana
   C. sambil

9. Sofi berbadan tinggi ________________ Sofia berbadan pendek.

   A. sambil
   B. tetapi
   C. juga

10. Dhia mendengar muzik _____________________ menari.

   A. sambil
   B. tetapi
   C. malah


#II Latihan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1(4)




Isikan huruf yang tertinggal




Z _ r _ f _ h




Esk _ l _ t _ r



Ja _ _ n r _ ya



Le _ _ u




Ma _ a _ _ ri




K _ l _ J _ ng _ _ ng



_ om _ _ ter 



T _ lev _ s _ _ n




T _ _ g _ _ p




P _ rm _ _ d _ n _

MARI BELAJAR MENGEJA



#I Latihan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 (5)



Latihan bergambar




1. Ini __________. ( kerete, kereta, kerita )

2. Kereta ini kepunyaan __________. ( abang, abong, abeng )

3. Kereta ini berwarna __________. ( baru, biru, biro )

4. Abang beli kereta di __________. ( kidai, kadai, kedai )

5. Kakak __________ ( suki, suka, saka ) akan kereta abang.




1. Saya suka akan __________. ( bunge, bunga, bungo )

2. Bunga itu berwarna __________. ( merah, meroh, mirah )

3. Bau bunga __________. ( harom, harum, harun )

4. Bunga __________ ( tumboh, tumbuh, tomboh ) di atas tanah.

5. Bunga Kebangsaan ialah bunga __________. ( Raye, Raya, Riya )




1. Ini adalah __________. ( bantal, bantol, bontal )

2. Bantal ini sangat __________. ( empok, empuk, empik )

3. Bantal ini __________. ( berbelang, bebelang, bebilang )

4. Bantal ini adalah kepunyaan __________. ( saya, sayo, saye )

5. Ibu __________ ( beli, bela, bali ) bantal tersebut di kedai.




1. Ini adalah __________. ( bintang, bintong, bentang )

2. Bintang __________. ( bersanar-sanar, bersinar-sinar, bersenar-senar )

3. Bintang itu mempunyai lima __________. ( bucu, becu, bici )

4. Bintang berada di __________. ( langat, langit, longit )

5. Aku melihat bintang semasa waktu __________. ( malam, malem, malim )


1. Kakak membela seekor __________. ( ekan, ikan, ikon )

2. Ikan mempunyai __________. ( sirap, sirip, sarip )

3. Ikan ada dalam __________. ( sungai, sungei, sungoi )

4. Kakak meletakkan ikan di dalam __________. ( akuorium, akuirium, akuarium )

5. Kakak __________ ( saying, sayong, sayang ) akan ikannya.

Mari Berhibur :





Mari bersajak

A. Samad Said : Tetamu Senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said 

Pengenalan KSSR


Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara eksplisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai murid. Setiap tunjang saling berhubung kait dan bersepadu.



Tunjang Komunikasi

Tunjang Komunikasi memberi penekanan kepada proses menggabung jalin kemahiran berbahasa dalam bentuk lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Tunjang ini memberi fokus kepada kemahiran bahasa seperti mendengar dan bertutur, membaca dan menulis, serta nilai tambah menaakul.

Murid perlu menguasai kemahiran ini bagi membantu mereka dalam proses pemerolehan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam tunjang-tunjang yang lain. Penguasaan kemahiran berbahasa menyediakan murid untuk membuat pemilihan bahasa yang bertepatan dan sistematik dalam interaksi sosial.
 
Disiplin ilmu dalam Tunjang Komunikasi ialah Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Cina Sekolah Kebangsaan, Bahasa Tamil Sekolah Kebangsaan, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun dan Bahasa Semai.

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika

Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika memberi penekanan kepada perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri dan pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Disiplin ilmu yang membangunkan aspek fizikal ialah Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan. Kreativiti, bakat dan apresiasi dipupuk melalui Pendidikan Seni Visual dan Pendidikan Muzik.

Tunjang Kemanusiaan

Tunjang Kemanusiaan memberi penekanan kepada penguasaan ilmu dan  amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global, serta penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Kemanusiaan ialah Sejarah yang diperkenalkan mulai Tahap II persekolahan.

Tunjang Keterampilan Diri

Tunjang Keterampilan diri memberi penekanan kepada pemupukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid diberi peluang menyepadukan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah dan mengamalkannya dalam kegiatan kokurikulum. Penglibatan dalam kegiatan kokurikulum seperti persatuan, badan beruniform dan sukan memberi peluang kepada murid meningkatkan potensi diri sebagai pemimpin kepada diri, rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Tunjang Sains dan Teknologi

Tunjang Sains dan Teknologi memberi penekanan kepada penguasaan:

•    pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik
•    pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam matematik
•    pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi

Disiplin ilmu yang terdapat dalam Tunjang Literasi Sains dan Teknologi ialah Sains, Matematik, Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

Tunjang Kerohanian, Sikap Dan Nilai

Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai memberi penekanan kepada bidang pembelajaran yang berfokus kepada penghayatan amalan agama, kepercayaan, sikap dan nilai. Disiplin ilmu dalam tunjang ini merangkumi  Pendidikan Islam bagi murid Islam dan Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam.