Friday 16 November 2012

#III Latihan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 (3)




Pilih kata hubung yang betul



1. Julia _______________ keluarganya akan melancong ke Pulau Langkawi.

   A. dan
   B. atau
   C. malah

2. Ibu hendak membeli ikan _____________ ayam?

   A. atau
   B. dan
   C. jika

3. Johan menangis ______________ dia terjatuh daripada basikalnya.

   A. kerana
   B. sambil
   C. lalu

4. Kehidupan Mimi susah ________________ dia tidak mengeluh.

   A. dan
   B. sejak
   C. tetapi

5. Jismi menyapa Ayu ______________ senyum kepadanya.

   A. tetapi
   B. sambil
   C. malah

6. Shafik memasukkan buku _______________ kotak pensel ke dalam beg sekolah.

   A. dan
   B. tetapi
   C. juga

7. Encik Wahab kesal akan perbuatannya ____________________ bertaubat ke jalan yang 
benar.

   A. lalu
   B. tetapi
   C. serta

8. Hati kakak luluh __________________ gagal dalam peperiksaannya.

   A. atau
   B. kerana
   C. sambil

9. Sofi berbadan tinggi ________________ Sofia berbadan pendek.

   A. sambil
   B. tetapi
   C. juga

10. Dhia mendengar muzik _____________________ menari.

   A. sambil
   B. tetapi
   C. malah


No comments:

Post a Comment