Friday 30 November 2012

Keluarga Tersayang...

Bersama suami tersayang, Hamidon Suradi.

 Anak-anak tersayang, Hariz Hamidon dan Hanis Hamidon.

Jom Makan...!

Mudah-mudahan kalian menjadi anak-anak yang soleh dan solehah..


Soalan Tugasan KRT 3013 Teknologi Maklumat SR

KRT 3013 TEKNOLOGI MAKLUMAT SEKOLAH RENDAH
Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)
Tarikh penilaian akhir pada  08 Disember 2012
Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada  15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1.    Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2.    Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3.    Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4.    Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
·      Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
·      Gambar
·      Audio
·      Video
5.    Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6.    Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.

Tugasan blog hendaklah dihantar melalui Tapak Tugasan 3 dalam Myguru3.
Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kriteria berikut:

KRITERIA                                                                               MARKAH

Isi kandungan blog serta kualiti penyampaian                              15 %
Senireka blog dan kreativiti                                                        10 %
Pandangan/ komen daripada pelawat blog                                    5 %  



PERINGATAN
Plagiat bagi mana-mana tugasan adalah dilarang sama sekali. Sekiranya pelajar didapati meniru/menipu dalam mana-mana tugasan boleh dikenakan tindakan tatatertib serta hukuman setimpal dengan kesalahan.

Thursday 22 November 2012

Muat turut DSP Bahasa Melayu Tahun 2


Assalamualaikum, untuk entry pada kali ini, saya akan memberikan pautan untuk memuat turun Dokumen Prestasi Standard (DSP) Bahasa Melayu Tahun 2 Sekolah Kebangsaan. Saya berharap agar pautan ini berguna untuk semua pendidik di luar sana yang memerlukan rujukan yang lebih lanjut berkenaan DSP ini.

Untuk format PDF (.pdf) :

Untuk format Word (.docx) :

Tuesday 20 November 2012

DSP BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN DUA


Falsafah Pendidikan Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”

Pendahuluan
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahkan Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.

Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.

Adalah diharapkan dokumen ini dapat member maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

Tafsiran
1. Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

2. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generic bagi member gambaran holistic tentang individu.

3. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

4. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai. 

5. Evidens

Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.

Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, laporan dan lain-lain. 

6. Instrumen ialat alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.

Kerangka Standard Prestasi
Band
Standard
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Tafsiran Band
Band
Standard
Tafsiran
1
Tahu
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
Tahu dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mangikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.

Matlamat Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketrampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

Objektif Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk;

1. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;

2. mendengar , memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;

3. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;

4. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;

5. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

6. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;

7. berbincang dengan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;

8. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;

9. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

10. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk member respons dengan betul;

11. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan;

12. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;

13. melakukan aktiviti pramenulis dengan menulis;

14. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;

15. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat yang betul;

16. menulis imlak dengan tepat;            

17. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesutau perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;

18. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;

19. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;

20. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;

21. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan

22. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.

Band
Pernyataan Standard
1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis
2
Mengetahui dan memahami yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
4
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul
5
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat
6
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan bertatasusila

Band
Pernyataan Standard
Deskriptor
Evidens
1

Tahu
B1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis
B1 DL1
Mendengar dan menuturkan perkataan






B1 DB1
Membaca perkataan dengan sebutan yang betul

B1 DT1
Menulis perkataan dan ayat
B1 DL1 E1
Mendengar dan menyebut perkataan dan frasa

B1 DL2 E2
Mendengar dan menyebut seni kata lagu

B1 DB1 E1
Membaca perkataan secara mekanis


B1 DT1 E1
Menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata

B1 DT1 E2
Menulis perkataan yang mengandungi diftong, vocal berganding, digraph dan konsonan bergabung

B1 DT1 E3
Menulis frasa dan ayat
2

Tahu dan Faham
B2
Mengetahui dan memahami yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
B2 DL1
Mendengar, memahami dan menuturkan ayat

B2 DB 1
Membaca dan memahami ayat daripada pelbagai sumber

B2 DT1
Membina dan menulis dengan betul
B2 DL1 E1
Berkomunikasi tentang sesuatu perkara


B2 DB1 E1
Membaca dan memahami ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

B2 DT1 E1
Membina dan menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata

B2 DT1 E2
Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vocal berganding, digraph dan konsonan bergabung

B2 DT1 E3
Membina dan menulis frasa dan ayat tunggal
3

Tahu, Faham dan Boleh Buat
B3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
B3 DL1
Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap arahan, soalan dan pesanan










B3 DB1
Membaca, memahami dan mengenal pasti idea daripada pelbagai bahan

B3 DT1
Membina, menulis dan memahami ayat
B3 DL1 E1
Memberikan respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan

B3 DL1 E2
Memberikan respons secara lisan terhadap soalan

B3 DL1 E3
Memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan

B3 DB1 E1
Menyatakan idea daripada bahan yang dibaca


B3 DT1 E1
Membina dan menulis ayat yang gramatis menggunakan pola ayat FN+FN, FN+FK, FN+FA dan FN+FS
4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
B4
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul
B4 DL1
Berkomunikasi menggunakan ayat yang betul dalam pelbagai situasi






B4 DB1
Memahami dan memberikan respons yang betul terhadap maklumat yang dibaca

B4 DT1
Mengenal pasti dan mencatat maklumat yang betul
B4 DL1 E1
Berkomunikasi dalam situasi tidak formal

B4 DL1 E2
Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal

B4 DB1 E1
Membaca, memahami dan menyusun maklumat mengikut urutan


B4 DT1 E1
Menghubungkaitkan dan mencatat maklumat daripada pelbagai sumber
5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
B5
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat
B5 DL1
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang mengandungi pengajaran dengan tepat











B5 DB1
Membaca, memahami dan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat dengan tepat



B5 DT1
Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat
B5 DL1 E1
Bercerita tentang perkara yang mengandungi pengajaran menggunakan sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan kosa kata yang luas

B5 DL1 E2
Menceritakan perkara yang mengandungi pengajaran menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul

B5 DB1 E1
Menyusun maklumat tersurat dengan betul

B5 DB1 E2
Memberikan maklum balas terhadap bahan yang dibaca dengan tepat

B5 DT1 E1
Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan ayat yang santun

B5 DT1 E2
Membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap
6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
B6
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan bertatasusila
B6 DL1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat dan bertatasusila untuk mempengaruhi khalayak








B6 DL2
Berbincang dengan mengemukakan pandangan secara bertatasusila


B6 DB1
Memahami dan menilai bahan penulisan kreatif yang dibaca









B6 DT1
Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif yang dapat mempengaruhi khalayak secara bertatasusila

B6 DT2
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
B6 DL1 E1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila

B6 DL1 E2
Berbicara untuk mempengaruhi khalayak dengan menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila

B6 DL2 E1
Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara secara bertatasusila

B6 DB1 E1
Memahami maklumat daripada bahan grafik dan bukan grafik untuk menyatakan maksud dengan betul

B6 DB1 E2
Memindahkan maklumat daripada bahan grafik menggunakan ayat majmuk dengan tepat

B6 DT1 E1
Menghasilkan penulisan dalam bentuk naratif dan bukan naratif menggunakan ayat yang gramatis


B6 DT2 E1
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dari segi ejaan dan tanda baca


Friday 16 November 2012

Santai




10 Fakta Menarik Mengenai Islam


1. Tahukah Anda? Ternyata Nama yang Paling Banyak Diguna di Dunia adalah “Muhammad” disusuli dengan nama “Jack”


2. Albania merupakan negara satu-satunya di benua Eropah yang 90% penduduknya beragama Islam


3. Perkataan-perkataan berikut ini adalah berasal dari bahasa Arab : Algebra, Zero, Cotton, Sofa, Rice, Candy, Safron, Balcony, bahkan `Alcohol’ juga berasal dari bahasa Arab, Al-Kuhl, yang mempunyai erti “bubuk” yang kemudiannya diserap ke dalam bahasa Inggeris.

4. Islam merupakan agama yang pertumbuhannya paling cepat di dunia menurut banyak sumber, dijangkakan akan menjadi agama nombor 1 di dunia pada tahun 2030.


5. Jikalau sekarang Al-Qur’an dihancurkan, maka versi arab dari Al-Qur’an akan segera direcover oleh jutaan muslim, yang disebut “Huffaz” yang telah menghafalkan kata-kata di dalam Al-Qur’an dari mulai awal sampai dengan akhir ayat.   

6. Al Qur’an adalah satu-satunya kitab suci yang boleh dihafal jutaan manusia (Hafidz/penghafal Al Qur’an) sehingga keaslian/kesuciannya selalu terjaga. 


7. Para astronaut telah menemukan bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi yang berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Ka’Bah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infiniti (tidak berakhir), radiasi tersebut menembus planet mars dan masih berlanjutan. Peneliti mempercayai bahawa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Ka’Bah di di planet Bumi dengan Ka’bah di alam akhirat.  

8. Sebanyak 23 kali perang semasa Rasulullah memimpin, hanya sekali kekalahan yang di derita kaum muslimin, yakni, perang uhud.

9. Semua anak Nabi Muhammad, yakni, Al-Qasim,Abdullah dan Ibrahim, meninggal kurang lebih pada usia 2 tahun. Allah sengaja memanggil mereka lebih awal agar kaum muslimin tidak mengangkat mereka menjadi rasul yang baru. 


10. Al Khawarizmi (matematik), Jabir Ibn Hayyan (kimia), Ibnu Khaldun (sosiologi dan sejarah), Ibnu Sina (kedoktoran), Ar Razi (kedoktoran), Al Biruni (fizik), Ibnu Batutah (antropologi) adalah contoh dari ratusan cendikiawan muslim yang menjadi rujukan dalam ilmu pengetahuan moden. 

#V Latihan KSSR Bahasa Melayu Tahun 1 (1)



Padankan gambar dengan perkataan yang betul

     Sedih ×                           × 

     Gembira ×                            ×

     Marah ×                            ×

     Kesal ×                            ×

     Malu ×                            ×


Mari menyanyi bersama : KALAU KAMU GEMBIRA TEPUK TANGAN..