Sunday, 9 December 2012

DSP BAHASA MALAYSIA KSSR TAHUN SATU

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
DOKUMEN STANDARD PRESTASI
BAHASA MALAYSIA
UNTUK KEGUNAAN
SEKOLAH KEBANGSAAN

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
“Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.

TAFSIRAN
o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
o Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.
o Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.
o Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
o Evidens
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.
o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi, ujian amali.


KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali


TAFSIRAN BAND
BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
1
TAHU
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
2
TAHU DAN FAHAM
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
3
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
4
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
5
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB TERPUJI
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
6
TAHU, FAHAM DAN BOLEH BUAT DENGAN BERADAB MITHALI
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.


MATLAMAT KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.

OBJEKTIF KURIKULUM BAHASA MALAYSIA
Murid yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan untuk:
i. mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;
ii. mendengar, memahami, dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
iii. mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
iv. bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila;
v. bercerita sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
vi. berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila;
vii. berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
viii. membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
ix. membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;
x. membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul;
xi. membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan.
xii. membaca pelbagai bahan bacaan bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
xiii. melakukan aktiviti pramenulis dengan betul;
xiv. menulis secara mekanis dengan betul dan kemas;
xv. membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
xvi. menulis imlak dengan tepat.
xvii. mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun;
xviii. menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
xix. mengedit dan memurnikan hasil penulisan;
xx. menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
xxi. menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan
xxii. menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa.


BAND
PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis.
2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis.
4
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul.
5
Memahami, menaakul dan memberikan respons/menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat.
6
Memahami, menaakul dan menilai sesuatu perkara daripada pelbagai sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila.

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
1
Tahu
B1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis.
B1 DL1
Mengecam, mengajuk dan mengesan bunyi yang didengar
B1 DB1
Membunyikan huruf, mengeja suku kata dan membaca perkataan
B1 DT1
Menulis huruf, suku kata dan perkataan.
B1 DL1 E1
Mengajuk bunyi yang didengar
B1DL1 E2
Menentukan arah bunyi yang didengar
B1 DB1 E1
Membunyikan huruf vokal dan menamakan konsonan
BI DB1 E2
Mengeja dan membatang suku kata terbuka dan tertutup
B1 DB1 E3
Membaca perkataan yang terdiri daripada kata nama
B1 DT1 E1
Menulis huruf, suku kata dan perkataan
DSP B Malaysia SK Tahun 1

5 Januari 2012
11
BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
2
Tahu dan Faham
B2
Mengetahui dan memahami perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
B2 DL1
Mendengar, menyebut dan memahami perkataan
B2 DB1
Membaca dan memahami perkataan serta ayat
B2 DT1
Menulis perkataan dan ayat dengan betul serta memahaminya
B2 DL1 E1
Mendengar dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong dan vokal berganding
B2 DL1 E2
Memahami perkataan yang didengar dan dinyanyikan
B2 DB1 E1
Membaca dan memahami perkataan yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan bergabung
B2 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat yang mengandungi diftong, vokal berganding, digraf
dan konsonan bergabung
B2 DT1 E1
Menulis dan memahami perkataan
B2 DT1 E2
Menulis dan memahami ayat tunggal yang mengandungi kata nama am, kata nama khas dan tanda baca (Huruf besar dan noktah)

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
3
Tahu,
Faham dan
Boleh Buat
B3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
B3 DL1
Mendengar dan memberikan respons terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan
B3 DB1
Membaca ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul serta memahaminya
B3 DT1
Mencatat maklumat yang difahami
B3 DL1 E1
Memberikan respons secara lisan dan / atau gerak laku terhadap arahan, soalan dan pesanan
B3 DB1 E1
Membaca ayat tunggal dan ayat majmuk dengan lancar serta sebutan dan intonasi yang betul
B3 DB1 E2
Membaca dan memahami ayat tunggal dan ayat majmuk
B3 DT1 E1
Mencatat maklumat daripada pelbagai sumber

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
4
Tahu,
Faham,
Boleh Buat dengan
Beradab
B4
Mengetahui , memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul
B4 DL1
Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa yang betul dalam pelbagai situasi
B4 DL2
Bercerita tentang sesuatu perkara dengan sebutan dan intonasi yang betul
B4 DB1
Membaca, memahami dan menyatakan maklumat daripada bahan yang sesuai
B4 DT1
Mencatat maklumat dengan betul
B4 DL1 E1
Berkomunikasi secara lisan menggunakan bahasa yang betul
B4 DL1 E2
Berkomunikasi secara lisan menggunakan kata panggilan yang betul secara bertatasusila
B4 DL1 E3
Mengujarkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan
B4 DL2 E1
Menyampaikan cerita yang sesuai dengan sebutan dan intonasi yang betul
B4 DB1 E1
Membaca, memahami dan menyatakan maklumat yang tersurat daripada bahan yang sesuai
B4 DT1 E1
Mencatat pelbagai maklumat dengan betul menggunakan bahasa yang santun

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
5
Tahu,
Faham dan
Boleh Buat
dengan Beradab Terpuji
B5
Memahami, menaakul dan memberikan respons / menyampaikan sesuatu perkara yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan tepat
B5 DL1
Menceritakan sesuatu perkara semula dengan tepat
B5 DB1
Membaca, memahami dan menaakul untuk memindahkan maklumat dengan tepat
B5 DT1
Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis dengan tepat.
B5 DL1 E1
Menceritakan sesuatu perkara yang didengar dengan tepat
B5 DB1 E1
Memahami dan memindahkan maklumat daripada bahan grafik dan bahan bukan grafik
B5 DB1 E2
Memahami dan menilai maklumat daripada bahan grafik menggunakan perkataan berimbuhan akhiran -an dan -i
B5 DT1 E1
Menyampaikan pelbagai maklumat secara bertulis dengan tepat menggunakan bahasa yang santun
B5 DT1 E2
Menghasilkan penulisan yang sesuai secara terkawal menggunakan pola ayat FN+FN, FN+FK

BAND
PERNYATAAN STANDARD
DESKRIPTOR
EVIDENS
6
Tahu,
Faham Dan
Boleh Buat
dengan Beradab Mithali
B6
Memahami, menaakul dan menilai sesuatu perkara daripada sumber yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dengan bertatasusila
B6 DL1
Bercerita tentang perkara yang mengandungi nilai murni yang dapat mempengaruhi khalayak
B6 DL2
Berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat secara bertatasusila
B6 DB1
Membaca dan memahami pelbagai bahan bacaan sastera dan bukan sastera
B6 DT1
Menghasilkan karya yang sesuai yang dapat mempengaruhi khalayak
B6 DT2
Mengedit hasil penulisan dari segi bahasa
B6 DL1 E1
Menyampaikan cerita yang mengandungi nilai murni dengan penuh keyakinan, kreatif dan mempengaruhi khalayak
B6 DL2 E1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat secara bertatasusila menggunakan bahasa yang sesuai
B6 DB1 E1
Bercerita atau menyampaikan maklumat yang dibaca secara bertatasusila menggunakan kosa kata yang luas dan tepat
B6 DT1 E1
Menghasilkan karya kreatif dalam bentuk cereka dan puisi yang bertatasusila menggunakan gaya bahasa yang menarik
B6 DT2 E1
Mengedit hasil penulisan dari segi ejaan


No comments:

Post a Comment