Falsafah Pendidikan
Kebangsaan
“Pendidikan di Malaysia adalah
satu usaha berterusan kea rah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab,
berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta member sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.”
Pendahuluan
Dokumen Standard Prestasi bagi
mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan
untuk guru menambahkan Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan
Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard
merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh
buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian
seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini
dapat member maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang
berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial.
Tafsiran
1. Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras
tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.
2. Standard ialah satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada
tanda aras tertentu dan bersifat generic bagi member gambaran holistic tentang
individu.
3. Standard Prestasi ialah pernyataan tentang tahap perkembangan
pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana
kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam
standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk)
dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau
lebih qualifier menggunakan perkataan
atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil
pembelajaran.
4. Deskriptor ialah pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu
dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.
5. Evidens
Murid : Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid
melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen : Bahan atau apa-apa bentuk bukti
yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam
bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, laporan dan lain-lain.
6. Instrumen ialat alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau
pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara
lisan, demonstrasi, ujian amali.
Kerangka Standard Prestasi
Band
|
Standard
|
1
|
Tahu
|
2
|
Tahu dan Faham
|
3
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
4
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
|
5
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
6
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
Tafsiran Band
Band
|
Standard
|
Tafsiran
|
1
|
Tahu
|
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.
|
2
|
Tahu dan Faham
|
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk
komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
|
3
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
|
4
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan
beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
|
5
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
|
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi
baru, dengan mangikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan
bersikap positif.
|
6
|
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
|
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan
inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan
serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk
mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara
bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
|
Matlamat Standard
Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
Standard Kurikulum Bahasa
Malaysia Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketrampilan dalam
berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh
pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial
dalam kehidupan harian.
Objektif Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah
Murid yang mengikuti pengajaran
dan pembelajaran Standard Kurikulum Bahasa Malaysia Sekolah Rendah berkeupayaan
untuk;
1. mendengar, mengecam, mengajuk
dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul;
2. mendengar , memahami dan menyebut
bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul;
3. mendengar, memahami dan
memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul;
4. bertutur dan berbual serta
menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak
formal dengan betul secara bertatasusila;
5. bercerita sesuatu perkara dan
menceritakan semula perkara yang didengar menggunakan sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul;
6. berbicara untuk menyampaikan
maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara
bertatasusila;
7. berbincang dengan mengemukakan
pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila;
8. membaca pelbagai perkataan,
frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul;
9. membaca, memahami perkataan,
frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul;
10. membaca dan memahami maklumat
yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk member respons dengan
betul;
11. membaca dan menaakul untuk
memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan;
12. membaca pelbagai bahan bacaan
bagi memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca;
13. melakukan aktiviti pramenulis
dengan menulis;
14. menulis secara mekanis dengan
betul dan kemas;
15. membina dan menulis
perkataan, frasa dan ayat yang betul;
16. menulis
imlak dengan tepat;
17. mencatat dan menulis untuk
menyampaikan maklumat tentang sesutau perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun;
18. menghasilkan penulisan
kreatif dalam pelbagai genre dengan betul;
19. mengedit dan memurnikan hasil
penulisan;
20. menulis ulasan berdasarkan
maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber;
21. menggunakan sistem bahasa
yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan; dan
22. menghayati dan mengamalkan
nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui
aktiviti berbahasa.
Band
|
Pernyataan
Standard
|
1
|
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis
|
2
|
Mengetahui dan memahami yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
|
3
|
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
|
4
|
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul
|
5
|
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan
tepat
|
6
|
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan
bertatasusila
|
Band
|
Pernyataan
Standard
|
Deskriptor
|
Evidens
|
1
Tahu
|
B1
Mengetahui asas mendengar-bertutur, membaca dan menulis
|
B1 DL1
Mendengar dan menuturkan perkataan
B1 DB1
Membaca perkataan dengan sebutan yang betul
B1 DT1
Menulis perkataan dan ayat
|
B1 DL1 E1
Mendengar dan menyebut perkataan dan frasa
B1 DL2 E2
Mendengar dan menyebut seni kata lagu
B1 DB1 E1
Membaca perkataan secara mekanis
B1 DT1 E1
Menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata
B1 DT1 E2
Menulis perkataan yang mengandungi diftong, vocal berganding, digraph
dan konsonan bergabung
B1 DT1 E3
Menulis frasa dan ayat
|
2
Tahu dan Faham
|
B2
Mengetahui dan memahami yang didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
|
B2 DL1
Mendengar, memahami dan menuturkan ayat
B2 DB 1
Membaca dan memahami ayat daripada pelbagai sumber
B2 DT1
Membina dan menulis dengan betul
|
B2 DL1 E1
Berkomunikasi tentang sesuatu perkara
B2 DB1 E1
Membaca dan memahami ayat dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul
B2 DT1 E1
Membina dan menulis perkataan yang mengandungi dua dan tiga suku kata
B2 DT1 E2
Membina dan menulis perkataan yang mengandungi diftong, vocal berganding,
digraph dan konsonan bergabung
B2 DT1 E3
Membina dan menulis frasa dan ayat tunggal
|
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
|
B3
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap perkara yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis
|
B3 DL1
Mendengar, memahami dan memberikan respons terhadap arahan, soalan
dan pesanan
B3 DB1
Membaca, memahami dan mengenal pasti idea daripada pelbagai bahan
B3 DT1
Membina, menulis dan memahami ayat
|
B3 DL1 E1
Memberikan respons secara lisan dan gerak laku terhadap arahan
B3 DL1 E2
Memberikan respons secara lisan terhadap soalan
B3 DL1 E3
Memberikan respons secara lisan dan gerak laku berdasarkan pesanan
B3 DB1 E1
Menyatakan idea daripada bahan yang dibaca
B3 DT1 E1
Membina dan menulis ayat yang gramatis menggunakan pola ayat FN+FN,
FN+FK, FN+FA dan FN+FS
|
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab
|
B4
Mengetahui, memahami dan memberikan respons terhadap maklumat yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul
|
B4 DL1
Berkomunikasi menggunakan ayat yang betul dalam pelbagai situasi
B4 DB1
Memahami dan memberikan respons yang betul terhadap maklumat yang
dibaca
B4 DT1
Mengenal pasti dan mencatat maklumat yang betul
|
B4 DL1 E1
Berkomunikasi dalam situasi tidak formal
B4 DL1 E2
Menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak
formal
B4 DB1 E1
Membaca, memahami dan menyusun maklumat mengikut urutan
B4 DT1 E1
Menghubungkaitkan dan mencatat maklumat daripada pelbagai sumber
|
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan
Beradab Terpuji
|
B5
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan betul dan
tepat
|
B5 DL1
Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang mengandungi
pengajaran dengan tepat
B5 DB1
Membaca, memahami dan menyatakan maksud untuk memindahkan maklumat
dengan tepat
B5 DT1
Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan tepat
|
B5 DL1 E1
Bercerita tentang perkara yang mengandungi pengajaran menggunakan
sebutan yang jelas, intonasi yang betul dan kosa kata yang luas
B5 DL1 E2
Menceritakan perkara yang mengandungi pengajaran menggunakan sebutan
yang jelas dan intonasi yang betul
B5 DB1 E1
Menyusun maklumat tersurat dengan betul
B5 DB1 E2
Memberikan maklum balas terhadap bahan yang dibaca dengan tepat
B5 DT1 E1
Menulis untuk menyampaikan maklumat yang betul menggunakan ayat yang
santun
B5 DT1 E2
Membina dan menulis jawapan dengan ayat yang lengkap
|
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
Mithali
|
B6
Memahami, menaakul dan memberikan respons terhadap maklumat yang
didengar-ditutur, dibaca dan ditulis dalam pelbagai situasi dengan
bertatasusila
|
B6 DL1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat dan bertatasusila
untuk mempengaruhi khalayak
B6 DL2
Berbincang dengan mengemukakan pandangan secara bertatasusila
B6 DB1
Memahami dan menilai bahan penulisan kreatif yang dibaca
B6 DT1
Menghasilkan penulisan naratif dan bukan naratif yang dapat
mempengaruhi khalayak secara bertatasusila
B6 DT2
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
|
B6 DL1 E1
Berbicara untuk menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai
secara bertatasusila
B6 DL1 E2
Berbicara untuk mempengaruhi khalayak dengan menggunakan ayat yang
sesuai secara bertatasusila
B6 DL2 E1
Berbincang dan mengemukakan pandangan tentang sesuatu perkara secara
bertatasusila
B6 DB1 E1
Memahami maklumat daripada bahan grafik dan bukan grafik untuk
menyatakan maksud dengan betul
B6 DB1 E2
Memindahkan maklumat daripada bahan grafik menggunakan ayat majmuk
dengan tepat
B6 DT1 E1
Menghasilkan penulisan dalam bentuk naratif dan bukan naratif
menggunakan ayat yang gramatis
B6 DT2 E1
Mengedit dan memurnikan hasil penulisan dari segi ejaan dan tanda
baca
|
:) well done sis...!
ReplyDeletethank you sis wulan...
ReplyDeleteBlog yang penuh dengan maklumat..tahniah!
ReplyDelete